Langkau ke kandungan
Damai JasaPersatuan Penduduk PerjirananDamai Jasa · PPPDJDaftar Keahlian ↗
Skim / Soalan lazim penduduk tentang Skim Komuniti Berpengawal

PPPDJ • Projek keselamatan berpandukan GP009/2019

Soalan lazim penduduk tentang Skim Komuniti Berpengawal

Penjelasan praktikal tentang sekolah, akses tanpa sumbangan, 85%, JustClick, 100% dan DBKL.

Kemaskini: 23 November 2026 · Penerangan projek, bukan pengesahan permit DBKL

Jawapan berikut disediakan untuk menjelaskan sebab, perkembangan dan had keputusan PPPDJ. Semua syarat kelulusan tertakluk kepada penentuan rasmi DBKL.

Mengapa pondok dan palang sedia ada perlu dipindahkan?

Lokasinya berada pada pembahagi jalan yang turut menuju ke tapak Sekolah Seri Damai. Pindahan ke pintu masuk khusus Damai Jasa bertujuan memisahkan aliran trafik kediaman daripada laluan sekolah, mengurangkan konflik trafik dan membolehkan struktur lama diselaraskan dengan proses permit yang berkaitan.

Adakah sistem kawalan lama tidak sah?

Menurut rekod yang dimaklumkan kepada PPPDJ, permohonan permit operasi skim berpengawal belum pernah dikemukakan. Status kebenaran lokasi dan struktur perlu disahkan dengan DBKL. Sebab itu PPPDJ mengutamakan permohonan rasmi dan penyelarasan pematuhan, bukan membuat tuduhan terhadap pengurusan terdahulu.

Adakah rumah yang tidak menyumbang akan dihalang masuk?

Tidak. GP009 §6.2(v) menyatakan penduduk yang tidak menyertai skim tidak boleh dihalang memasuki kediaman mereka. Peraturan pengesahan identiti dan SOP keselamatan akan dirangka untuk memelihara hak tersebut.

Adakah pengaktifan JustClick sudah menjadi persetujuan rasmi?

Pengesahan data penduduk, bayaran yuran RM50 dan pengaktifan aplikasi ialah bukti nyata penyertaan. PPPDJ akan mengemukakan rekod ini untuk pertimbangan DBKL. Lihat dasar bukti dan kaedah persetujuan.

Bagaimanakah sasaran persetujuan penduduk ditentukan?

Rujuk pengiraan dan status pengaktifan terkini pada halaman Penyertaan Penduduk. Keputusan mengenai asas pengiraan dan penerimaan bukti digital masih menunggu DBKL.

Adakah pengawal 24 jam bermaksud persetujuan 100% tidak diperlukan?

Pengawal 24 jam berkaitan GP009 §6.3(i) tentang operasi palang. Syarat berasingan di §6.3(ii) masih menyebut 100% bagi kad akses automatik. PPPDJ akan meminta keputusan bertulis DBKL tentang sistem ANPR berpengawal tanpa kad dan kaedah persetujuan yang sesuai.

Bukankah Sekolah Seri Damai menyebabkan permohonan tidak layak?

GP009 §6.1.1(ii) mengehadkan skim yang merangkumi kemudahan awam seperti sekolah. Cadangan baharu meletakkan kawalan di dalam laluan khusus Damai Jasa, di luar akses sekolah yang berkongsi jalan sebelumnya. DBKL masih perlu mengesahkan sempadan skim dan kesesuaiannya.

Adakah ilustrasi pintu masuk baharu telah diluluskan?

Belum. Ia konsep visual. Pelan akhir mesti mematuhi keperluan trafik, akses kecemasan, saiz pondok, ketinggian, status tanah serta sekatan GP009 terhadap bumbung berbentuk gerbang yang menutupi jalan masuk.

Siapakah pembekal dan berapa lama kontraknya?

Smart Trace System Sdn Bhd membekalkan i-VRS JustClick. Tempoh dipersetujui ialah 2+1 tahun; angka langganan RM2,000 sebulan pernah dicatat dalam halaman lama, dan hendaklah disemak terhadap kontrak akhir ditandatangani.

Apakah yang diluluskan dalam EGM?

Menurut minit draf 15 November, empat usul diluluskan: House Rules, sumbangan RM100 bagi peserta mulai 2027, mandat memohon skim dan kelulusan prinsip pintu masuk/pondok. Kelulusan ini adalah dalaman persatuan, bukan permit DBKL.