01 Menggunakan Lorong Penduduk & ANPR
- Gunakan lorong-lorong PENDUDUK yang ditandakan. Sistem mempunyai 2 lorong masuk dan 1 lorong keluar; 1 lorong keluar di khusus untuk motosikal.
- Perlahankan kenderaan kepada maksimum 10 km/j di lorong masing-masing.
- Berhenti di garisan berhenti, kira-kira 2–3 meter sebelum palang.
- Tunggu 2–3 saat untuk imbasan. Bergerak hanya apabila paparan HIJAU / WELCOME dan palang terbuka.
- Satu kenderaan bagi satu pembukaan palang. Jangan mengekori rapat kenderaan di hadapan; tunggu palang ditutup dan dibuka semula.
- Ketika keluar, gunakan lorong KELUAR yang ditandakan dan amalkan langkah yang sama.
- Motosikal: gunakan lorong masuk yang ditandakan Pelawat & Penduduk dan berhenti di kotak imbasan; jika tiada, ikut arahan pengawal. Keluar ikut lorong khas motosikal sahaja.
02 Pendaftaran Kenderaan
Setiap kenderaan perlu dikaitkan dengan unit kediaman dan didaftarkan dalam i-VRS JustClick.
Maklumat pendaftaran:
- Nama penghuni dan nombor rumah.
- Nombor plat kenderaan.
- Jenis, model dan warna kenderaan.
- Gambar nombor plat yang jelas.
Daftar melalui i-VRS JustClick atau urus setia. Sasaran pengaktifan: 1–2 hari bekerja selepas maklumat disahkan. Maklumkan segera apabila bertukar kenderaan atau nombor plat.
Tiada had bilangan kenderaan penghuni yang sah bagi setiap rumah.
03 Pelawat, e-hailing, penghantaran & kontraktor
- Pelawat, Grab, penghantar makanan/barangan dan kontraktor mesti menggunakan lorong PELAWAT.
- Pengawal merekodkan nama, nombor plat, unit yang dituju dan menghubungi penghuni untuk pengesahan apabila diperlukan.
- Pengawal membuka palang selepas pengesahan. Pelawat tidak boleh menggunakan akses automatik penduduk.
- Penduduk digalakkan pra-daftar pelawat melalui i-VRS JustClick untuk mempercepatkan proses.
- Penghuni bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat tentang tetamu dan kontraktor mereka, serta memastikan lori atau kenderaan penghantaran tidak menghalang jalan.
04 Apabila palang tidak terbuka
- Jangan paksa palang atau mengekori kenderaan lain.
- Pastikan plat bersih, jelas, menggunakan fon standard JPJ dan tidak terlindung.
- Pastikan kenderaan berhenti di garisan yang betul. Laraskan kedudukan perlahan-lahan apabila selamat.
- Tekan interkom atau panggil pengawal; berikan nombor rumah dan nombor plat.
- Pengawal akan menyemak rekod dan membantu pembukaan manual jika diperlukan.
Punca biasa: plat kotor/tidak standard, kenderaan belum didaftar, salah lorong atau berhenti terlalu jauh daripada kamera.
✓ AMALKAN
- Pandu perlahan.
- Gunakan lorong betul.
- Pastikan plat jelas dan bersih.
- Ikut arahan pengawal.
✕ ELAKKAN
- Mengekori rapat kenderaan.
- Menggunakan plat fancy/tinted.
- Meminjamkan identiti kenderaan.
- Mengalihkan atau merosakkan palang.
05 Keahlian PPPDJ & akaun i-VRS JustClick
- Setiap rumah mempunyai akaun Primary User untuk mengurus maklumat unit, penghuni, kenderaan dan pelawat.
- Pengguna tambahan tidak dihadkan bagi ahli isi rumah yang disahkan. Primary User bertanggungjawab atas ketepatan maklumat dan akses yang diberikan.
- Pendaftaran keahlian PPPDJ dibuat melalui Portal Residen i-VRS JustClick. Pengguna perlu mengemas kini maklumat dan melengkapkan permohonan keahlian.
- Contoh nama pengguna: 33DJ20@pppdj.my bagi unit 33 DJ 20. Tukar kata laluan sementara selepas log masuk pertama.
- Keahlian disahkan oleh pentadbir PPPDJ dan direkodkan dalam daftar rasmi. Akaun penghuni dalam aplikasi bermaksud keahlian persatuan sudah diaktifkan.
- Apabila berpindah masuk, keluar atau bertukar penyewa, maklumkan kepada urus setia untuk mengemas kini rekod dan akses.
06 Yuran ahli & sumbangan keselamatan
- Yuran Tahunan PPPDJ: RM50 bagi tahun 2026. Bayaran masuk RM10 dikecualikan untuk kempen pemutihan keahlian 2026.
- Bayar melalui i-VRS JustClick / Billplz dan simpan resit. Semak rekod bayaran dalam akaun sendiri.
- Sumbangan keselamatan bulanan ialah kutipan berasingan daripada yuran tahunan persatuan. Rujuk kadar dan jadual bayaran yang diumumkan oleh PPPDJ.
- Jangan bayar secara tunai kepada pengawal. Pertanyaan bayaran dan penyelarasan rekod terdahulu hendaklah dirujuk kepada Bendahari atau urus setia.
07 Jalan, parkir & laluan keselamatan
- Patuhi had laju 35 km/j dalam kawasan Damai Jasa; maksimum 10 km/j melalui lorong masuk/keluar.
- Jangan berhenti atau meletak kenderaan sehingga menghalang lorong masuk/keluar, laluan utama, simpang, kediaman orang lain, laluan pejalan kaki atau laluan kecemasan.
- Jangan membuat pusingan berbahaya, memotong barisan, melawan arus atau menghalang pergerakan pengawal dan kenderaan bantuan.
- Semua pemandu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang mereka lakukan pada palang, kamera atau kemudahan komuniti.
08 Kebersihan & kehidupan berjiran
- Jaga kebersihan ruang awam, kawasan rumah dan kawasan pondok pengawal. Buang sampah di tempat yang disediakan.
- Elakkan bunyi bising, gangguan, pergaduhan atau aktiviti yang menjejaskan keselamatan dan ketenteraman jiran.
- Pastikan kontraktor, pekerja dan tetamu mematuhi peraturan parkir, kebersihan dan ketenteraman.
- Hormati semua penduduk, penyewa, pengawal dan pelawat. Selesaikan pertikaian dengan tertib melalui urus setia PPPDJ.
09 Tugas pengawal & keadaan kecemasan
- Pengawal membantu pemantauan, pengesahan pelawat, pembukaan palang manual dan pelaporan kejadian.
- Pengawal dan pengguna hendaklah berurusan dengan sopan. Sebarang insiden atau kerosakan mesti direkodkan sebagai Aduan melalui aplikasi i-VRS JustClick.
- Dalam kecemasan, aktifkan butang SOS. Pengawal akan membantu sebaik mungkin.
- Untuk laluan kecemasan, pengawal akan membuka palang secara manual dan memastikan tidak dihalang.
- Tiada sesiapa boleh menghalang ambulans, bomba, polis atau kenderaan kecemasan.
- Jika kamera, internet, elektrik atau sistem ANPR tergendala, pengawal akan mengendalikan akses secara manual sehingga pulih.
10 Privasi, CCTV & keselamatan akaun
- ANPR merekod nombor plat, imej kenderaan dan masa masuk/keluar. CCTV digunakan untuk pemantauan keselamatan.
- i-VRS JustClick turut menyimpan maklumat penghuni, kenderaan, pelawat, keahlian dan transaksi yang diperlukan untuk pengurusan komuniti.
- Data hanya boleh diakses oleh pihak yang diberi kuasa bagi tugas berkaitan; jangan sebarkan tangkap layar, rekod pelawat atau rakaman kepada pihak lain.
- Primary User hendaklah memastikan nombor telefon dan maklumat penghuni terkini, menjaga kerahsiaan kata laluan serta menyah-aktifkan akses pengguna yang telah berpindah.
11 Aduan, perubahan maklumat & komunikasi
- Laporkan masalah palang, nombor plat tidak dikenali, kerosakan, penyalahgunaan akses atau perlakuan mencurigakan kepada pengawal atau melalui Aduan dalam aplikasi i-VRS JustCLick.
- Sertakan nombor rumah, tarikh/masa, nombor plat (jika berkaitan) dan penerangan ringkas supaya aduan mudah disemak.
- Semakan keahlian, resit bayaran, akaun pengguna dan pembetulan data dirujuk kepada pentadbir PPPDJ melalui saluran rasmi.
- Gunakan bahasa sopan dan elakkan menyebarkan maklumat atau tuduhan yang belum disahkan dalam kumpulan WhatsApp komuniti.