Langkau ke kandungan
Damai JasaPersatuan Penduduk PerjirananDamai Jasa · PPPDJDaftar Keahlian ↗
Skim / i-VRS JustClick dan reka bentuk operasi keselamatan

PPPDJ • Projek keselamatan berpandukan GP009/2019

i-VRS JustClick dan reka bentuk operasi keselamatan

Kandungan sistem ANPR, 4 lorong, pengawal 24 jam, tempoh kontrak 2+1 dan ujian kecemasan.

Kemaskini: 23 November 2026 · Penerangan projek, bukan pengesahan permit DBKL

PPPDJ telah memilih penyelesaian i-VRS JustClick yang dibekalkan oleh Smart Trace System Sdn Bhd, selepas semakan tiga vendor. Skopnya menggabungkan pangkalan data penghuni dan pelawat dengan kawalan kenderaan, kutipan dan rekod operasi keselamatan.

4Lorong ANPR/palang/paparan dirancang
2+1Tempoh kontrak dipersetujui (2 tahun + pilihan 1 tahun)
24/7Penugasan pengawal keselamatan yang dirancang
124Rumah sudah aktif pada JustClick

Komponen utama

KomponenFungsi / syarat penerimaan
ANPR/LPREmpat kamera pengecaman nombor pendaftaran untuk dua laluan masuk dan dua keluar; log kemasukan boleh disemak petugas yang dibenarkan.
Palang dan paparan statusEmpat set, mod override manual, keutamaan kecemasan, paparan minimum tanpa pendedahan maklumat peribadi berlebihan.
Aplikasi penghuni dan pelawatRekod penghuni, ahli, kenderaan, pengesahan pelawat, kontraktor dan acara; status unit dipadankan dengan data terkini.
Bayaran dan pentadbiranIntegrasi Billplz, Yuran Tahunan PPPDJ 2026 RM50, resit dan penyata. Rekod pendaftaran dan bayaran menyokong pengesahan keahlian/pengaktifan JustClick. Sumbangan keselamatan RM100 sebulan untuk isi rumah peserta mulai 2027 ialah kategori berasingan.
CCTV, aduan dan kecemasanKeperluan integrasi dan aliran tindak balas dipastikan dalam skop kontrak serta ujian penerimaan.
Pengawal 24 jamPetugas sah, SOP akses, kawalan manual dan pemberian laluan bagi penduduk bukan peserta, ambulans, Bomba dan pengguna lain yang berhak.

Pelan konsep pintu masuk baharu

Konsep gerbang keselamatan baharu empat lorong di Damai Jasa
Ilustrasi untuk perbincangan. Bukan lukisan struktur diluluskan; kanopi merentasi seluruh jalan mesti dipadankan dengan syarat GP009 §6.1.2(viii) atau diubah.
Foto SPeed Humps
Speed Humps: Fungsi memperlahankan kenderaan untuk ANPR atau berinteraksi dengan pengawal. Akan di pasang sebelum ketiga-tiga palang dilaluan-laluan masuk dan keluar kenderaan.

Status komersial

PPPDJ memaklumkan bahawa tempoh kontrak dengan Smart Trace System Sdn Bhd dipersetujui sebagai 2+1 tahun, menggantikan cadangan tiga tahun tetap. Halaman asal merekodkan angka langganan RM2,000 sebulan sebagai asas perbincangan; nilai akhir, tempoh pilihan tahun ketiga, hak milik perkakasan, SLA, caj tambahan dan syarat penamatan hendaklah dipadankan dengan kontrak bertandatangan.

Trial Run di laluan sekarang - sebelum operasi

    Team i-VRS akan rancang pemasangan 1 X LPR masuk, 1 X LPR keluar, 1 X Guard Recording tablet untuk daftar Visitors/Non-Members dan 1 X security round recorder dalamasa terdekat.
    Test/Trial run aktif untuk semua fungsi sistem; SOP / Pameran Info Status
  1. Pengiktirafan Ahli/Bukan Ahli, Status Sumbangan Sekuriti, kenderaan berdaftar dan pelawat yang diluluskan. Juga Daftar QR untuk Majlis atau Motorsikal.
  2. Operasi pengawal apabila nombor plat tidak terbaca, aplikasi gagal atau internet terputus.
  3. Keupayaan membuka palang tanpa kelewatan bagi kecemasan dan akses sah penduduk yang tidak menyertai skim.
  4. Rekod transaksi, aduan, CCTV dan audit log dilindungi dengan kawalan akses.
  5. AJK perlu buat keputusan sama ada nak kekalkan semua barriers / satu barrier per laluan / tanpa barrier untuk test/trial run sistem.
  6. Perlu beli Rubber Bump untuk laluan masuk. (Laluan keluar akan gunakan bump sedia ada untuk slow down kan kenderaan - bagi LPR masa untuk kenal nombor plat)
  7. Operasi bermula hanya selepas permit/kebenaran yang berkaitan diperoleh dan diterima.