LAPORAN RINGKAS

Laporan Town Hall dan Mesyuarat Agung Khas (EGM) PPPDJ 2026

Ahad, 15 November 2026 · Kabin PPPDJ, Damai Jasa, Alam Damai, Cheras. Data dikemas kini berdasarkan maklumat Dashboard Pentadbir yang digunapakai pada 15 November 2026.

1. Tujuan

Merekodkan sesi penerangan kepada penduduk, perkara yang dibincangkan dan ringkasan proses undian elektronik EGM. Town Hall merupakan sesi penerangan dan maklum balas terbuka; EGM adalah mesyuarat keahlian yang tertakluk kepada perlembagaan PPPDJ.

2. Perkara utama Town Hall

  1. Leasehold kepada Freehold. Penjelasan tentang status pegangan, sejarah hak milik, semakan rasmi serta langkah yang boleh diambil secara kolektif. Tiada pengesahan bahawa penukaran boleh diluluskan.
  2. Sekolah Seri Damai. Perkembangan kontrak pembangunan, isu akses dan trafik serta perkara yang perlu disahkan dengan agensi berkaitan.
  3. Keahlian PPPDJ. Pemutihan daftar ahli, pendaftaran melalui Resident Portal, bayaran RM50 bagi 2026 dan pengaktifan aplikasi i-VRS JustClick.
  4. Keselamatan dan prasarana. Sistem ANPR, peraturan operasi, cadangan permohonan Skim Komuniti Berpengawal serta penambahbaikan pintu masuk dan pondok pengawal.

3. Kaedah EGM

Pengesahan kelayakan ahli dan kehadiran dilaksanakan oleh Urus Setia dengan rujukan kepada rekod PPPDJ serta akaun i-VRS JustClick yang aktif. Undian setiap usul direkodkan secara elektronik melalui pilihan Setuju / Tidak Setuju setelah sesi pengundian dibuka oleh Pengerusi Mesyuarat - Setiausaha. Pengiraan di bawah merupakan rekod dashboard, merupakan pengesahan kuorum dan keputusan muktamad mesyuarat.

12 daripada 128 unit (9.4%) tidak layak kerana penghuni belum mendaftar sebagai AHli PPPDJ melalui Resident Portal i-VRS JustClick. Unit-unit ini tidak dimasukkan dalam senarai undian yang dibenarkan.

Unit direkod dalam dashboard128
Unit layak mengundi116
Ahli hadir / disahkan53
Unit tidak layak (belum daftar ahli di portal residen)12

4. Rekod undian elektronik

UsulPerkaraSetujuTidak SetujuJumlah
1Peraturan Operasi / House Rules38038
2Sumbangan keselamatan & penyelenggaraan RM10035439
3Mandat memohon Skim Komuniti Berpengawal38139
4Mandat membina pintu masuk & pondok pengawal baharu38139

Nota rekonsiliasi: Jumlah tidak mengundi bagi usul 1 hingga 4 ialah 15, 14, 14 dan 14 daripada 53 yang hadir/disahkan.

Keempat-empat usul menerima majoriti Setuju daripada undi yang dibuang.

5. Tindakan susulan

  1. Memuktamadkan dan menghebahkan House Rules serta panduan operasi ANPR.
  2. Menyelaraskan pelaksanaan sumbangan RM100, mulai 1 Januari 2027.
  3. Menyediakan dokumen persetujuan penduduk dan permohonan rasmi Skim Komuniti Berpengawal.
  4. Memuktamadkan skop, sebut harga, permit, perbelanjaan yang dibenarkan dan hebahan kepada ahli bagi pembinaan pintu masuk serta pondok pengawal yang baru.
  5. Melengkapkan minit EGM yang disahkan, bukti edaran notis, rekod kuorum dan dokumentasi sokongan.

6. Dokumen sokongan

Laporan Town Hall dan EGM — (Dokumen Word)

Halaman EGM PPPDJ 2026 · House Rules · Perlembagaan PPPDJ

Persatuan Penduduk Perjiranan Damai Jasa · No. Pendaftaran PPM-005-14-15022012 · Maklumat ini disediakan sebagai laporan awal untuk rujukan komuniti dan tidak menggantikan minit EGM yang diperakukan.